Aku Terpaku - PDF free download eBook

  • Published: 01.01.2019
  • Views: 28

Introduction

Ali Majod atau Mohd. Ali Majod yang dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1940, mula berkarya sejak tahun 1950-an lagi. Walaupun bukan pengarang prolifik, tetapi setiap cerpen beliau terbukti...

read more

Details of Aku Terpaku

Original Title
Aku Terpaku
Edition Format
Mass Market Paperback
Number of Pages
84 pages
Book Language
Malay
Ebook Format
PDF, EPUB

Sites and services that store files may require registration and other conditions for access to downloading and reading electronic books.

Some brief overview of this book

Ali Majod atau Mohd. Ali Majod yang dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1940, mula berkarya sejak tahun 1950-an lagi. Walaupun bukan pengarang prolifik, tetapi setiap cerpen beliau terbukti berkualiti.

Kewibawaannya sebagai cerpenis terserlah apabila beliau memenangi peraduan menulis cerpen anjuran Berita Harian pada tahun 1961. Ini diikuti dengan kejayaan beliau meme Ali Majod atau Mohd. Ali Majod yang dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1940, mula berkarya sejak tahun 1950-an lagi.

Walaupun bukan pengarang prolifik, tetapi setiap cerpen beliau terbukti berkualiti. Kewibawaannya sebagai cerpenis terserlah apabila beliau memenangi peraduan menulis cerpen anjuran Berita Harian pada tahun 1961. Ini diikuti dengan kejayaan beliau memenangi Hadiah Karya Sastera, Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA II, Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA I dan Hadiah Sastera Malaysia.

Beliau berjaya menghasilkan tiga antologi cerpen persendirian, iaitu Dalam Diri, Lampu-lampu di Pelabuhan, dan Sayang Si Tina. Cerpen-cerpen beliau turut terhimpun dalam antologi bersama dengan judul Dongeng Merdeka, Alun Menggulung Perlahan, Hari Kemerdekaan, Tiga Dunia, Angin Dari Gunung, Suara Laut, Antara Dua Hati, Takah Demi Takah, Begini Rupanya, dan lain-lain sebagainya. Beliau turut menyelenggarakan antologi cerpen remaja, iaitu Biarkan Aku Sendiri dan Impian Murni.

Selain memaparkan permasalahan dunia kanak-kanak dan cara-cara meladeni kerenah mereka, cerpen-cerpen dalam antologi Aku Terpaku ini mengajak masyarakat berfikir tentang kerasionalan sesuatu sikap dan tindakan. Dalam cerpennya, Ali menyelitkan mesej supaya setiap anggota masyarakat memiliki sifat baik sangka, hormat-menghormati, berani, bijaksana, dan lain-lain sebagainya. Hayatilah dan fikirkanlah cerita seta mesej di balik cerita yang dipaparkan oleh beliau.


All downloaded files are checked. Virus and adware free. Previously, our system checked the all ebook's files for viruses. The results of our verification:

 Google Safe Browsing APINorton Internet SecurityAVG Internet Security
terpaku.pdf
terpaku.epub
terpaku_all.zip